MIACES 2022 percepat inovasi untuk perladangan komoditi

MIACES 2022 percepat inovasi untuk perladangan komoditi

miaces
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mengalukan penyertaan peserta industri agrikomoditi dari seluruh dunia, Ekspo & Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia 2022 (MIACES) menjangka untuk menjana lebih daripada USD68 bilion nilai eksport bagi sektor itu, dalam sebuah acara pasaran global dengan penyertaan daripada lebih 20 negara.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Zuraida Kamaruddin, menekankan, “Baru-baru ini, kita telah melihat desakan oleh Pertubuhan Makanan dan Perladangan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) untuk mempercepatkan pendigitalan dalam masyarakat luar bandar di Asia-Pasifik.

Selari dengan itu, MIACES tiba tepat pada masanya untuk merealisasikan visi ini; menghubungkan pemain industri dengan penyelesaian yang inovatif sekaligus menyumbang ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) terutamanya ketika dunia menghadapi perubahan iklim.”

Buat julung kalinya, MIACES akan diadakan dari 26 hingga 28 Julai di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), menampilkan produk komoditi permintaan ramai, perkhidmatan berkaitan, dan teknologi perladangan terbaharu di bawah bumbung yang sama.

Acara selama tiga hari ini juga bakal menganjurkan persidangan, perbincangan meja bulat, mesyuarat B2B, dan malam anugerah berprestij sebagai pengiktirafan buat mereka yang membawa perubahan dalam sektor ini.

MIACES bantu pengusaha agrikomoditi tembusi pasaran baharu

Dengan penyertaan antarabangsa daripada lebih 20 negara, pemain industri dan pengunjung di MIACES berpeluang mempamerkan perniagaan mereka, mengembangkan potensi pelaburan dan memaksimumkan keuntungan produk mereka dengan menembusi pasaran global yang dianggarkan berjumlah kira-kira AS$756 bilion (RM3.19 trillion).

Tambah Zuraida: “Persaingan kini berada pada tahap paling sengit, dengan permintaan yang semakin meningkat untuk barangan makanan, tatkala dunia menghadapi perubahan iklim dan jurang dalam bekalan makanan.

“Apabila melangkah ke pasaran global, pemain industri haruslah menyesuaikan diri dengan pantas dalam memanfaatkan inovasi teknologi yang mampan di samping memastikan ekosistem mereka di tahap optimum dan boleh diharap. Ini adalah perlu, agar kelak tidak timbul isu tentang kualiti dan rakan niaga boleh meletakkan kepercayaan penuh kepada pemain kita.“

Oleh itu, acara MIACES ini akan berfungsi sebagai pusat sehenti untuk memenuhi bekalan dan permintaan dalam ekosistem tempatan dan global, merangkumi pelbagai lapisan rantaian industri daripada pengeluar, penginovasi, pengeksport dan pengimport perdagangan, dan pelabur, sehinggalah kepada penggubal dasar, penyelidik dan ahli akademik.

Dengan acara bertemakan “Memajukan Sektor Agrikomoditi dalam Ekosistem Lestari” yang mempamerkan pelbagai produk perladangan, MIACES tahun ini turut memberi penekanan kepada sektor tumpuan Minyak Sawit, Getah, Kayu-Kayan, Koko, Lada dan Kenaf, antara pemacu utama ekonomi negara Malaysia sebagai tuan rumah persidangan ini

Capai potensi anda di MIACES

Lawati Ekspo & Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) untuk meneroka peluang, berdagang dan menjalin kerjasama yang bermakna! MIACES akan membuka pintunya kepada pelabur, pengimport, pengilang, peladang dan penanam, pembekal, pengedar, ahli akademik dan penyelidik, serta pihak berkepentingan utama dari seluruh dunia.

Berita baik untuk semua! Bagi mereka yang berminat untuk mengambil bahagian sebagai rakan kerjasama atau pempamer, MIACES masih dibuka untuk pemain industri global yang ingin menyertai acara yang julung-julung kali diadakan ini.

Tidak kira skala atau jenis organisasi – daripada syarikat baharu, perusahaan kecil atau sederhana (PKS), dan syarikat antarabangsa, sehinggalah institut penyelidikan dan badan kerajaan – inilah masanya untuk menyerlah!

Apa jua pun bidang, sama ada jentera, teknologi pertanian, teknologi dron atau logistik, MIACES ialah tempatnya untuk melangkah lebih jauh ke arah potensi yang sebenar

MIACES 2022 dianjurkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) dengan sokongan barisan majlis di bawah bidang kuasanya, iaitu Majlis Getah Malaysia (MRC), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) dan disokong oleh sembilan agensi dan majlis lain iaitu; Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Lembaga Koko Malaysia (MCB), Lembaga Lada Malaysia (MPB), Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (NKTB), Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Majlis Persijilan Kayu Malaysia (MTCC) dan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC).
Bagi sebarang pertanyaan atau sekiranya berminat untuk menjadi penaja atau pempamer, sila hubungi Sekretariat MIACES di [email protected]. Sebagai alternatif, imbas Kod QR untuk mendaftar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya