PETALING JAYA: Johor Port Berhad (Johor Port), ahli Kumpulan MMC, menyumbangkan dana tambahan RM2 juta kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk Tabung Endowmen UTM bagi membantu membiayai pengajian para pelajar UTM yang cemerlang di dalam akademik, khususnya mereka daripada keluarga kurang berkemampuan. Pada 2013, Johor Port dan UTM telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) di mana Johor Port telah menyumbangkan RM5 juta bagi tempoh lima tahun, seterusnya melanjutkan perjanjian itu dari…