HSS jalin kerjasama dengan syarikat Jepun

HSS jalin kerjasama dengan syarikat Jepun

KUNA SITTAMPALAM (kiri) dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif OC Global, Eiji Yonezawa menunjukkan dokumen kerjasama antara HSS dan OC Global.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
NUR NAZLINA NADZARI
PETALING JAYA: Perunding kejuruteraan dan pengurusan projek, HSS Engineers Berhad (HSS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjadi rakan kongsi pilihan kepada firma perunding kejuruteraan terkemuka Jepun, Oriental Consultants Global Co. Ltd. (OC Global).
Melalui perkongsian strategik tersebut, HSS dan OC Global akan bekerjasama dalam projek infrastruktur yang berpotensi di ASEAN, India dan mana-mana negara lain termasuk di rantau Asia Barat, Afrika Utara (MENA).
Kedua-dua pihak akan mengutamakan aktiviti dalam sektor pengangkutan terutamanya rel dan transit massa, sumber air dan pengurusan bekalan, tebatan banjir, jalan raya, lebuh raya dan jambatan.
Sejak 2021, kedua-dua pihak telah bekerjasama dalam menyediakan perkhidmatan penyeliaan pembinaan bagi projek North-South Commuter Railway Extension di Filipina, iaitu perkhidmatan kereta api lapangan terbang pertama di negara itu yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Clark ke bandar-bandar di Central Luzon dan Metro Manila.
Timbalan Pengerusi Eksekutif HSS, Tan Sri Ir. Kuna Sittampalam berkata, kerjasama dengan OC Global sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menjadi batu loncatan usahasama tersebut.
“Kerjasama strategik tersebut membuktikan kepakaran kejuruteraan kami setakat ini dan membuka peluang antarabangsa yang berpotensi pada masa hadapan.
“Salah satu bidang utama kerjasama kami adalah untuk menerajui dan mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur yang dibiayai Japan International Cooperation Agency (JICA) di ASEAN, India dan MENA.
“Oleh itu, perkongsian menang-menang ini memanfaatkan rekod prestasi sedia ada dan rangkaian HSS di wilayah tersebut, serta hubungan kerja lama OC Global dengan JICA,” ujarnya. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN