PETALING JAYA: Pengecualian duti setem bagi pembeli rumah pertama hanya memberi impak minimum kepada sektor hartanah memandangkan insentif yang ditawarkan dilihat kurang menarik. Inisiatif pemilikan perumahan Keluarga Malaysia atau i-Miliki yang diumumkan kerajaan itu menawarkan pengecualian duti setem 50 hingga 100 peratus membabitkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama, secara peringkat atau tier harga rumah. Bagi rumah berharga…










