PETALING JAYA: Malaysia telah menawarkan kepakaran dalam teknologi getah asli kepada Turkiye, terutamanya galas getah seismik yang mampu menyerap gegaran gempa bumi untuk industri pembinaan. Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, ia termasuk jambatan dan landasan kereta api yang kini sedang berkembang pesat di negara berkenaan. Kata beliau, bagi tujuan itu, Kementerian menghargai usaha Turkiye dalam memberi pengecualian cukai hasil melalui Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye (MTFTA) yang…










