Terma Perdagangan Malaysia kembali positif

Terma Perdagangan Malaysia kembali positif

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terma perdagangan Malaysia kembali positif pada Mei 2022, meningkat 1.0 peratus berikutan kenaikan harga eksport, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Katanya, peningkatan didorong oleh kenaikan indeks pelbagai urus niaga & barangan (+22.3%), alat jentera & kelengkapan pengangkutan (+0.57%) dan pelbagai barang keluaran kilang (+0.55%).

“Perbandingan tahun ke tahun prestasi terma perdagangan Malaysia menunjukkan pertumbuhan positif 8.2 peratus daripada 103.5 mata pada Mei tahun lalu,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, DOSM berkata, harga eksport Malaysia pada Mei 2022, kekal kukuh dengan peningkatan 3.9 peratus daripada 143.0 mata pada bulan sebelumnya kepada 148.6 mata.

Katanya, selaras dengan prestasi eksport, indeks nilai seunit import juga mencatatkan peningkatan 2.9 peratus kepada 132.7 mata.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan indeks nilai seunit eksport pada Mei disumbangkan oleh kenaikan indeks minyak galian sebanyak (9.6 peratus), minyak dan lemak binang dan sayur-rayuran (6.0 peratus) dan alat jentera dna kelengkapan pengangkutan (2.4 peratus).

“Sementara itu, indeks volum eksport menurun 9.1 peratus pada bulan yang sama, disumbangkan oleh kejatuhan indeks barang-barang keluaran kilang (-25.6%), pelbagai barang keluaran kilang (-14.2%) dan alat jentera & kelengkapan pengangkutan (-6.8%).

“Indeks volum eksport pelarasan bermusim menyusut 9.1 peratus daripada 162.2 mata kepada 152.4 mata. Berdasarkan perbandingan tahunan, kedua-dua indeks nilai seunit dan volum eksport masing-masing berkembang 22.2 peratus dan 6.9 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Uzir berkata, indeks nilai seunit import turut meningkat 2.9 peratus pada Mei 2022 berbanding bulan sebelum, disumbangkan oleh kenaikan indeks minyak & lemak binatang & sayur-sayuran (+11.7%), minyak galian (+11.0%) dan alat jentera & kelengkapan pengangkutan (+1.9%).

Kata beliau, indeks volum import turut merekodkan peningkatan 0.7 peratus pada Mei 2022 berbanding bulan sebelum, disumbangkan oleh kenaikan indeks makanan (+9.5%), alat jentera & kelengkapan pengangkutan (+6.3%) dan
pelbagai barang keluaran kilang (+4.0%).

“Indeks volum import pelarasan bermusim pada Mei 2022 turut meningkat 0.7 peratus daripada 177.0 mata kepada 185.6 mata. Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan kedua-dua indeks nilai seunit dan volum import masing-masing berkembang 12.9 peratus dan 21.7 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×