Alibaba gugurkan semua eksekutif Ant Group

Alibaba gugurkan semua eksekutif Ant Group

ALIBABA berusaha untuk mengukuhkan kembali kedudukannya di sebalik pelbagai sekatan diketakan pihak berkuasa China. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Alibaba Group Holding Ltd. telah menggugurkan semua eksekutif daripada syarikat sekutunya, Ant Group Co., dalam usaha mengukuhkan kawalan ke atas gergasi e-dagang itu.

Syarikat berpangkalan di Hangzhou itu menggugurkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Eric Jing; Ketua Pegawai Teknologi, Ni Xingjun dan lima yang lain, menurut laporan tahunan yang diterbitkan pada Selasa, lapor Bloomberg.

Sementara dua eksekutif daripada Alibaba iaitu Simon Hu dan Wang Shuai dilaporkan telah bersara, menjadikan jumlah rakan kongsi yang terlibat dalam tindakan itu kepada 29 daripada jumlah keseluruhan 38 orang.

Alibaba berkata, sebagai sebahagian daripada pindaan baru-baru ini, hanya kakitangannya sendiri akan dibenarkan menjadi rakan kongsi.

“Perubahan itu dibuat pada akhir Mei,” menurut laporan tahunan berkenaan.

Dalam satu kenyataan melalui e-mel, Ant Group berkata, langkah itu dibuat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan tadbir urus korporat.

Perkongsian Alibaba, yang ditubuhkan pada 2010, menjadi kaedah utama bagi pengasas dan eksekutif syarikat untuk mengekalkan kawalan ke atas entiti semasa tawaran awam permulaan mega empat tahun kemudian.

Aturan itu membenarkan pengurusan peringkat atasan mencalonkan majoriti lembaga pengarah untuk kelulusan pemegang saham.

Ant juga telah merombak lembaga pengarahnya dalam beberapa bulan kebelakangan ini, meningkatkan bilangan pengarah bebas kepada 4 atau 50 peratus daripada lembaga pengarahnya. Ia mengurangkan bilangan pengarah bukan eksekutif daripada Alibaba kepada dua berbanding tiga sebelum ini.

Empayar ‘kembar’ Jack Ma itu telah menyusun semula strukturnya di tengah-tengah penelitian yang lebih dekat oleh badan pemerhati China mengenai tadbir urus korporat kepada urusan dalam kalangan ahli gabungan. Lebih separuh daripada nilai pasaran Alibaba telah dilupuskan selepas Beijing memulakan kempen pe­ngawalseliaan luas untuk sektor itu pada akhir 2020.

Kawalan Parti Komunis China yang semakin meningkat terhadap sektor swasta, antara perkembangan yang paling diperhatikan oleh pasaran global sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sentimen pelabur telah berubah dalam beberapa bulan kebelakangan ini di tengah-tengah perdebatan mengenai kemungkinan pelonggaran tindakan keras pihak berkuasa itu.

Semalam, Alibaba berkata, ia akan memohon untuk penyenaraian utama di Hong Kong, yang membolehkannya dima­sukkan dalam pautan sambu­ngan saham bursa Shanghai dan Shenzhen.

Penyenaraian IPO Ant Group yang mencipta rekod, telah di­sekat oleh pengawal selia pada 2020. Bagaimanapun, Jing berkata, pihaknya merancang untuk memulakan kembali penyenaraian.

Sementara itu, Alibaba ber­kata, ia akan memohon untuk meningkatkan status daga­ngannya di Hong Kong yang akan membenarkan syarikat gergasi bernilai AS$285 bilion itu untuk mendapat kemasukan dalam pautan bursa Shanghai dan Shenzhen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×