5ire: Sram & Mram labur AS$100 juta

5ire: SRAM & MRAM labur AS$100 juta

MAJLIS pertukaran dokumen kerjasama antara SRAM & MRAM Resources Berhad dengan 5ire di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: SRAM & MRAM mengumumkan pelaburan berjumlah AS$100 juta (RM445 juta) dalam ekosistem blockchain generasi kelima (5ire) yang dianggarkan bernilai AS$1.5 bilion (RM6.68 bilion).

SRAM & MRAM merupakan konglomerat multi-bilion berpangkalan di United Kingdom.

5ire ialah rantain blok (blockchain) generasi kelima tahap satu yang diasaskan oleh Pratik Gauri dan Prateek Dwivedi bersama pembiaya web3, Vilma Mattila. Syarikat terbabit telah ditubuhkan sembilan bulan lalu.

Ekosistem berkenaan fokus kepada kemampanan, teknologi dan inovasi, untuk membina revolusi industri ke-5.

Setakat ini, 5ire telah mengumpul dana sebanyak AS$21 juta (RM93.45 juta) dalam pusingan benihnya (seed round) menjelang Oktober dengan penyertaan daripada Alphabit, Marshland Capital dan Moonrock Capital.

Pengerusi SRAM & MRAM, Dr. Sailesh Lachu Hiranandani berkata, pihaknya yakin untuk melangkah ke hadapan dengan melabur ke dalam teknologi yang mampan.

“Sebagai usahawan, kami sentiasa percaya dalam mencari jalan yang lebih baik untuk melakukan sesuatu perkara dan 5ire komited untuk mencari penyelesaian mampan untuk matlamat pembangunan mampan (SDG).

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan mereka dalam projek usahasama ini,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi 5ire, Pratik Gauri berkata, pihaknya juga gembira kerana dapat bekerjasama dengan syarikat yang menyokong visi syarikat itu.

“Visi kami ialah untuk memanfaatkan ekosistem 5ire dan mengalihkan revolusi perindustrian dunia daripada ke-4 menjadi ke-5.

“Saya berpendapat kelestarian bukan fenomena yang patut berlaku sekali sahaja tetapi ia memerlukan pembangunan yang konsisten untuk maju ke hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×