1MDB: ‘Pras’ Michel jual kepentingan dalam Fugees

1MDB: ‘Pras’ Michel jual kepentingan dalam Fugees

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prakazrel ‘Pras’ Michel, artis hip hop yang menghadapi pertuduhan di berkaitan penipuan berbilion dolar 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bersetuju menjual sebahagian daripada katalog muziknya kepada firma pelaburan yang disokong oleh Apollo Global Management Inc.

Memetik laporan Bloomberg, HarbourView Equity Partners membeli kepentingan Michel dalam rakaman induk Fugees, kumpulan rap yang diasaskan bersama lebih tiga dekad lalu, menurut makluman komersil di Washington yang tidak mendedahkan jumlah bayaran tersebut.

Apollo melakukan pembiayaan sebanyak AS$1bilion (RM4.46 bilion) kepada HarbourView yang berpangkalan di Newark, New Jersey yang telah melabur dalam pelabagi genre muzik sejak ia ditubuhkan pada tahun lalu oleh Sherrese Clarke Soares.

Harbour View juga mengumumkan bahawa ia akan membeli rakaman induk ikon negara Brad Paisley dalam perjanjian bernilai AS$25 juta (RM111.26 juta) itu.

The Fugees, yang dimulakan Michel, Wyclef Jean dan Lauryn Hill adalah salah satu kumpulan hip hop terlaris, sebahagiannya berdasarkan kekuatan album kedua mereka, The Score yang memenangi Grammy untuk album rap terbaik pada tahun 1997.

Namun, ketiga-tiga artis itu mula berpisah pada penghujung 1990, walaupun mereka telah bersatu semula beberapa kali untuk tempoh yang singkat.

Menurut Reuters, Michel, 49, pada tahun lalu didakwa bersama Low Taek Jho (Jho Low), kerana dituduh melobi secara haram pentadbiran bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menggugurkan siasatan yang dikaitkan dengan skandal rasuah global 1MDB dan menyingkirkan seorang pembangkang China dari AS.

“Kedua-duanya sebelum ini didakwa pada 2019 kerana mencuba untuk menyalurkan berjuta-juta dolar wang Jho Low ke dalam pilihan raya presiden AS sebagai sumbangan kempen yang sah, sambil menyembunyikan sumber dana sebenar.

“Michel mengaku tidak bersalah, dengan salah seorang peguamnya menggelar kes itu sebagai ‘pendakwaan terpilih yang disasarkan secara tidak adil’ kepada artis itu, yang dijadualkan untuk dibicarakan pada November,” katanya.

Kebanyakan pemuzik mempunyai dua aliran royalti yang berpotensi, termasuk hak cipta lagu yang mereka cipta, dan rakaman induk persembahan mereka.

Michel mempunyai satu pertiga kepentingan dalam rakaman induk kumpulan itu, dengan bakinya dipegang oleh Hill dan Jean, menurut makluman. Sony Music Entertainment memiliki hak cipta penerbitan pada komposisi kumpulan itu.

Artis-artis telah menggunakan katalog muzik mereka sejak beberapa tahun lalu, dengan Bob Dylan, Bruce Springsteen dan John Legend antara pembelinya.

Anggota kumpulan rock, Pink Floyd dikatakan sedang mencari sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM2.2 bilion) untuk kerja mereka.

Hak untuk muzik Fugees akan menjadi sangat berharga kerana artis lain sering mengambil potongan lagu kumpulan itu dan masukkan ke dalam rakaman mereka sendiri, sentiasa mencipta sumber pendapatan royalti baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN