PETALING JAYA: Sunway Hotel Big Box di Sunway City Iskandar Puteri, mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Johor dengan pengalaman memacu adrenalin yang tidak akan dilupakan melalui pelancaran pakej promosi.
Pakej promosi “Welcome Back Neighbours!” itu tersedia dari 23 Mei hingga 22 Jun ini, dan dijamin menyediakan aktiviti menarik dan mencabar untuk dua orang dewasa, lengkap dengan penginapan tiga hari dua malam.
“Dengan pelonggaran sekatan Covid-19 dan Malaysia beralih ke fasa endemik, tiada masa yang lebih baik daripada sekarang untuk menikmati faedah percutian berhampiran dua taman ekstrem, semuanya kurang daripada lima minit.
“Dengan kerjasama Sunway Big Box Retail Park, pakej RM599 (bernilai RM1,999) termasuk pas Go Kart satu tempat duduk percuma di X Park dan masuk percuma ke EnerG X Park, Sunway Big Box Retail Park untuk dua orang serta baucar membeli-belah dan baucar e-mall Sunway bernilai RM100 yang menarik dan,” katannya dalam kenyataan.
Sementara itu, Pengurus Besar Sunway Hotel Big Box, David Xavier berkata, rakyat Malaysia telah sekian lama menunggu sekatan ditarik balik supaya mereka dapat menikmati masa bercuti yang menyeronokkan bersama orang tersayang.
“Kami mahu orang ramai menikmati percutian mereka yang ditunggu-tunggu dan telah mereka bentuk pakej ini untuk memastikan pelanggan kami mendapat percutian yang terbaik.
“Pencinta adrenalin yang tidak dapat menikmati sepenuhnya aktiviti kegemaran mereka sejak wabak itu bermula, kami mahu mengubahnya. Di Sunway Big Box Retail Park dan Sunway Hotel Big Box, kami mempunyai beberapa aktiviti rekreasi terbaik untuk individu yang mencari adrenalin dengan makanan dan peluang membeli-belah yang hebat,” katanya.
Dengan akses terus ke hotel, Sunway Big Box Retail Park merupakan pusat beli-belah terbuka yang inovatif di kawasan seluas 24 ekar, yang menampilkan beberapa pilihan tempat makan terbaik.
Hanya tiga minit dari Sunway Hotel Big Box, terletak X Park di kawasan seluas 40 ekar yang menawarkan pelbagai aktiviti daripada go-kart, ATV, flying fox, paintball, memanah dan banyak lagi.
Sunway Hotel Big Box dan Sunway Big Box Retail Park terletak di lokasi strategik 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan 15 minit dari Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru melalui Laluan Kedua Lebuhraya Pantai.
Hotel bertaraf empat bintang ini mempunyai 284 bilik lengkap dengan Wi-Fi percuma tersedia di semua kawasan awam, pusat kecergasan 24 jam dan kolam renang. – UTUSAN










