PETALING JAYA: Snowfit Group Berhad (Snowfit), pembekal peralatan urut dan kesihatan serta instrumen muzik dan aksesori, mula disenaraikan di Pasaran LEAP Bursa Malaysia Securities Bhd. semalam, dengan mencatatkan premium empat sen apabila dibuka pada 16 sen sesaham berbanding dengan harga rujukan 12 sen. Kira-kira 30,000 saham didagangkan semasa pembukaan. Bagi Bursa Malaysia, penyenaraian itu merupakan yang ke-14, sementara yang kedua untuk Pasaran LEAP setakat ini bagi 2022. Sebelum penyenaraian syarikat…










