Sarawak Consolidated Industries terima kontrak RM30.75 juta

Sarawak Consolidated terima kontrak RM30.75 juta, ganti tiang lampu DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, SCIB Properties Sdn. Bhd. menerima surat anugerah kontrak (LOA) untuk kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM30.75 juta daripada Ennova Sdn. Bhd.

Menerusi LOA tersebut, SCIB Properties akan menyediakan perkhidmatan kejuruteraan untuk menggantikan 200 tiang lampu pintar bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Projek itu bermula dari Jun 2022 hingga Mei 2023.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SCIB, Rosland Othman berkata, pihaknya berbesar hati kerana diberi peluang untuk memberikan perkhidmatan kepada DBKL dalam Lembah Klang.

“Kami berhasrat untuk mengekalkan momentum ini bagi memastikan lebih banyak projek di masa hadapan kerana kami berharap memperoleh dan mengembangkan lebih banyak projek tempatan untuk terus menyumbang kepada kemudahan rakyat.

“Projek yang telah diperolehi pasti akan meningkatkan buku pesanan kami dan juga kedudukan kewangan serta menjadi bukti komitmen SCIB kepada syarikat dan pertumbuhan berterusan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, pihaknya optimistik tentang prospek semasa dan jangka panjang, seterusnya akan terus berusaha mendapatkan lebih banyak projek dan mengembangkan lagi kehadiran SCIB di Semenanjung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN