REPSOL rancakkan pasaran Malaysia

REPSOL rancakkan pasaran Malaysia

Pasukan REPSOL sedia membawa jenama minyak pelincir itu ke pasaran tempatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: REPSOL Lubricants Malaysia membuat kemunculan semula untuk perkembangan rancak ke pasaran Malaysia dengan wakil rasmi minyak pelincir REPSOL, OUR Lubricants Sdn. Bhd. diberi mandat mengembangkan jualan di pasaran tempatan.

Pengarah Urusan OUR Lubricants, Soh Lip Peng berkata, syarikat yakin dapat menunaikan misi untuk membawa jenama minyak pelincir REPSOL ke tahap pencapaian dan kejayaan terbaharu di Malaysia.

Beliau berkata, REPSOL sebagai syarikat multi-tenaga terkemuka yang beroperasi di lebih 40 negara, merupakan syarikat tenaga pertama yang menjanjikan pelepasan sifar karbon (CO2) bersih menjelang 2050.

Katanya, REPSOL sentiasa berada di barisan hadapan dengan penglibatan aktifnya sebagai penaja terunggul dalam industri sukan permotoran terutamanya dalam dua perlumbaan antarabangsa iaitu Kejuaraan Rali Dakar, salah satu perlumbaan paling sukar di dunia sejak 1978 dan Grand Prix MotoGP yang menyaksikan kerjasama ikonik sejak 1995 dengan HONDA (HRC).

Tambahnya, pasukan perlumbaan REPSOL HONDA MotoGP telah mencapai 180 kemenangan, 447 podium, 187 petak pertama, 195 pusingan terpantas sejak 28 tahun lalu.

“Minyak pelincir REPSOL memang terbukti dan diuji dalam pertandingan peringkat antarabangsa dari segi memberikan prestasi terbaik perlindungan enjin dengan tahap pencapaian kecekapan tertinggi,” katanya dalam kenyataan.

Kata beliau, bagi menghargai dan membalas sokongan pelanggan setia dan peminat MotoGP di Malaysia, REPSOL telah melancarkan Promosi Pelanggan Nasional kami dan Pemberian Penghargaan Pelanggan bermula 15 Mei lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN