PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan notis tiada bantahan kepada cadangan penggabungan antara Digi.Com Bhd. dan Celcom Axiata Bhd. (Celcom) yang melibatkan perniagaan Digi Telecommunications Sdn. Bhd. (Digi) dan Celcom. Menurut MCMC, Digi dan Celcom merupakan pengendali perkhidmatan mudah alih kedua dan ketiga terbesar pada masa kini dan penggabungan ini akan menghasilkan pengendali perkhidmatan mudah alih yang terbesar di Malaysia. “Oleh yang demikian, MCMC telah menjalankan…