Majoriti PKS tempatan minat guna perkhidmatan bank digital

Majoriti PKS tempatan minat guna perkhidmatan bank digital

PKS antara sektor yang masih memerlukan sokongan kerajaan untuk menghadapi cabaran ekonomi pasca pandemik. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hampir tujuh daripada 10 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia berminat untuk menggunakan perkhidmatan bank digital.

Perkembangan itu tepat pada masanya memandangkan Bank Negara Malaysia baru-baru ini mengumumkan pemberian lima lesen perbankan digital.

Perbankan digital dapat menangani cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh hampir sembilan daripada 10 PKS tempatan, termasuk masalah mendapatkan pembiayaan dan pinjaman disebabkan prosedur permohonan rumit (37 peratus), kadar faedah yang tinggi (36 peratus) dan kelulusan pinjaman (29 peratus).

Pengurus Negara Visa bagi Malaysia, Ng Kong Boon berkata, Kajian Perbankan Digital PKS mendapati wujud keperluan bagi bank-bank sedia ada dan peserta baharu untuk memenuhi keperluan dan menangani cabaran yang dihadapi oleh PKS di Malaysia, terutamanya bagi segmen yang kurang mendapat perkhidmatan.

Katanya, dalam  kalangan semua jenis PKS, perusahaan mikro mempunyai kesedaran paling rendah tentang bank digital (67 peratus), walaupun mereka akan mendapat manfaat paling besar daripada penyelesaian pembiayaan yang ditawarkan, memandangkan hampir separuh daripada mereka (46 peratus) tidak layak untuk pinjaman bank biasa.

“Kami percaya bank-bank digital baharu dan bank-bank sedia ada akan mengubah pengalaman pembayaran dan perbankan bagi kedua-dua pengguna dan perniagaan, mencipta penyelesaian berkaitan yang boleh memenuhi keperluan PKS.

“PKS ialah satu segmen penting bagi Visa dan kami ingin bekerjasama dengan rakan-rakan perbankan kami dan juga peserta perbankan digital baharu untuk memberikan sokongan dalam usaha mereka mengembangkan perniagaan dan menangani ekosistem global baharu,” ujarnya.

Berasaskan kajian, PKS menyatakan bahawa sebab utama mereka mahu menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank-bank digital termasuk tahap interaksi fizikal lebih rendah apabila menjalankan aktiviti perbankan mereka disebabkan kebimbangan tentang Covid-19 (44 peratus) dan perbankan digital dianggap sebagai cara yang lebih pantas serta mudah untuk menjalankan urusan perbankan (35 peratus).

Hasil penemuan kajian mendapati bahawa PKS cenderung memilih ciri-ciri pinjaman kewangan seperti pinjaman mikro (33% peratus), pendahuluan tunai tiga hingga enam bulan (26 peratus) dan penyelesaian Beli Sekarang Bayar Kemudian (16 peratus).

Selain itu, lapan daripada 10 PKS dimiliki peniaga Islam yang menggunakan Bank Islam sebagai bank utama mereka menunjukkan lebih minat untuk menggunakan perkhidmatan perbankan digital berbanding PKS bukan Islam (55 peratus).

Menurut mereka, keyakinan terhadap keupayaan proses berautomasi dan interaksi digital untuk menyediakan pengalaman perbankan lebih baik adalah antara sebab mereka berminat menggunakan perkhidmatan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN