PUTRAJAYA: Jumlah kecederaan pekerjaan di seluruh negara tahun lalu menurun 34.09 peratus kepada 21,534 kes berbanding 32,674 kes yang direkodkan pada 2020, menurut Statistik Kemalangan Pekerjaan Negara 2021 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), hari ini. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, jumlah kematian akibat kemalangan pekerjaan juga menurun sebanyak 11 kes kepada 301 kematian pada 2021 berbanding 312 kematian tahun sebelumnya. Beliau berkata, antara faktor utama…