Inflasi dijangka jadi kebimbangan sektor pengguna - Utusan Malaysia

Inflasi dijangka jadi kebimbangan sektor pengguna

inflasi dijangka menjadi kebimbangan kepada sektor pengguna.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Inflasi dijangka kekal menjadi kebimbangan utama kepada sektor pengguna dengan kebanyakan bahan mentah utama kekal tinggi selain peningkatan kos tenaga serta logistik, menurut AmInvestment Bank Research.

Firma penyelidikan itu berkata, kenaikan gaji minimum bermula 1 Mei 2022 juga dilihat menjadi penyumbang kepada tekanan margin keuntungan dan bakal memberi risiko terhadap pendapatan bagi suku pertama tahun ini.

“Dengan mengambil faktor inflasi, syarikat-syarikat yang mempunyai kuasa penetapan harga yang terhad seperti Leong Hup International tidak mampu memberi respon segera kerana mereka sangat terdedah kepada kenaikan kos.

“Sementara itu, model kotrak koko Guan Chong meminimumkan pendedahan syarikat kepada harga bahan mentah yang tidak stabil, terutamanya di bawah situasi semasa pemulihan permintaan untuk produk koko,” katanya dalam satu nota kajian.

Walau bagaimanapun firma itu berkata, permintaan daripada pengguna dijangka stabil meskipun berlaku peningkatan harga.

Katanya, Indeks Sentimen Pengguna Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) melepasi ambang optimis kepada 108.9 mata berikutan peningkatan jangkaan pengguna terhadap pendapatan dan peluang pekerjaan pada masa hadapan.

“Keadaan itu akan memberi kelebihan kepada syarikat-syarikat yang mempunyai kuasa penentuan harga dan ekuit jenama seperti BJFood, Padini dan Power Root bagi menyemak semula harga produk mereka dengan memberikan impak minimum kepada jumlah jualan,” ujarnya.

Firma mengekalkan sasaran ‘neutral’ untuk sektor itu dan kekal selektif untuk saranan ‘beli’ selepas mengambil kira kedudukan ekonomi yang tidak stabil.

Katanya, Guan Chong menjadi pilihan kerana berada di landasan tepat untuk mendapat manfaat daripada permintaan produk koko dan perancangan pengembangan perniagaan ke dalam pasaran Eropah akan memberikan kelebihan kepada mereka untuk jangka panjang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya