BENGALURU: Harga emas turun untuk tiga sesi berturut-turut pada Selasa kerana jangkaan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah melemahkan permintaan bullion. Emas spot turun 0.1 peratus pada AS$1,839.39 (RM8,088.72) seauns. Niaga hadapan emas AS juga susut 0.1 peratus kepada AS$1,841.80 (RM8,098.39). Rizab Persekutuan AS berada di landasan untuk kenaikan kadar faedah setengah mata pada Jun dan Julai. Laporan pekerjaan minggu lalu meningkatkan jangkaan pengetatan berterusan oleh bank…










