Dutch Lady raikan Hari Susu Sedunia

Dutch Lady raikan Hari Susu Sedunia

Ramjeet Kaur Virik beramah mesra dengan tetamu yang menghadiri sambutan Hari Susu Sedunia anjuran Dutch Lady Milk Industries.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) meraikan sambutan Hari Susu Sedunia dengan penuh keceriaan serta dorongan motivasi untuk mengingatkan rakyat Malaysia tentang kepentingan nutrisi dari tenusu dalam persekitaran pasca-pandemik.

Pengarah Urusan DLMI, Ramjeet Kaur Virik berkata, pandemik telah mengingatkan kita semua tentang kepentingan nutrisi, iaitu sebuah mesej yang kuat yang telah lama diperjuangkan oleh syarikat sejak mula bertapak di Malaysia 59 tahun lalu.

“Kami mendokong kuat agenda kesihatan negara yang ditetapkan oleh kerajaan lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang, bahkan DLMI akan terus menjadi rakan kongsi dari sektor swasta yang bersedia untuk bekerjasama memerangi peningkatan kes penyakit tidak berjangkit di kalangan rakyat Malaysia yang kini berada pada kadar yang membimbangkan,” katanya dalam kenyataan.

Kata beliau, DLMI akan terus memacu penyelesaian mampan jangka panjang untuk menangani dua kesan daripada isu pemakanan tidak seimbang, iaitu; kurang nutrisi (tumbesaran terbantut) dan nutrisi berlebihan (obesiti) yang dihadapi oleh kanak-kanak dan orang dewasa di Malaysia.

Katanya, sebagai pengeluar produk tenusu terkemuka negara, DLMI terus memberi tumpuan kepada para pengguna dalam kalangan rakyat Malaysia dengan memperkenalkan inovasi produk tenusu baharu, mendidik pengguna tentang kebaikan khasiat susu dan membekalkan nutrisi kepada kanak-kanak sekolah melalui pelbagai program daripada jalinan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan.

“DLMI sebagai subsidiari Royal FrieslandCampina di Belanda, meraikan tema Hari Susu Sedunia untuk tahun ini; ‘Tenusu adalah untuk Kehidupan’ – iaitu sebuah tema yang sesuai untuk segenap lapisan rakyat Malaysia yang membesar dengan susu Dutch Lady.

“Jenama Dutch Lady begitu dekat di hati rakyat jelata selaku jenama ikon yang mewakili produk tenusu kegemaran ramai sejak sekian lama,” katanya.

Menurut DLMI, Hari Susu Sedunia telah disambut setiap tahun sejak 2001 apabila ia dimulakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai sebuah wadah untuk menghargai susu sebagai nutrisi yang mampu milik selain meraikan industri tenusu secara meluas.

“Sejak 1963, DLMI secara konsisten telah memenuhi tujuan korporatnya iaitu Mengkhasiatkan Dunia dan Manusia Sejagat Dalam Setiap Peringkat Kehidupan dengan menyemai rasa cinta terhadap susu dan produk berkaitan dalam kalangan penduduk Malaysia dengan Dutch Lady selaku jenama produk tenusu berkhasiat ikonik yang digemari ramai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN