Boost tawar 100 juta Boost Star - Utusan Malaysia

Boost tawar 100 juta Boost Star

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dengan kos sara hidup yang kian meningkat di dalam fikiran setiap rakyat Malaysia, Boost meningkatkan usahanya untuk meringankan beban masyarakat tempatan dengan memberi lebih 100 juta Boost Star yang boleh dikumpulkan sehingga 68 kali lebih pantas pada bulan ini.

Rakyat Malaysia boleh menggunakan Boost Star untuk mendapat diskaun sehingga RM10 bagi setiap bil isi rumah, kredit bulanan sehingga RM210 untuk keperluan harian, dan banyak lagi di aplikasi Boost* (https://myboost.app.link/AvQSoOeeGqb).

Sheyantha Abeykoon

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon berkata, kebelakangan ini, pihaknya telah mendengar rintihan masyarakat mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga barangan keperluan.

“Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan harian rakyat Malaysia, kami membolehkan pengguna untuk mengumpul Boost Star dengan lebih pantas sepanjang bulan ini untuk menyenangkan penjimatan bagi bil isi rumah, barangan runcit, petrol, dan keperluan harian lain,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie berkata, pihkanya bersimpati dengan beban kewangan rakyat.

Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie

“Oleh itu, kami telah memudahkan penjimatan untuk pengguna kami. Bagi pengguna Boost, pembayaran bil bukan suatu tugasan lagi, tetapi pengalaman yang memberi ganjaran. Pembelian barangan keperluan juga lebih lancar di aplikasi kami.

“Dengan menawarkan kredit Partner Wallet, rakyat Malaysia boleh menggunakan Boost Stars untuk lebih berjimat apabila membeli barangan keperluan daripada senarai peniaga dan rakan kongsi kami yang meluas,” katanya.

Dengan lebih dari 50 pembekal perkhidmatan bil yang sedia ada di BoostBills, rakyat Malaysia boleh menggunakan ciri Pay With Stars untuk mendapatkan diskaun secara langsung apabila membuat bayaran bil bulanan menerusi aplikasi gaya hidup digital Boost.

Jumlah nilai diskaun akan mengikut pangkat BoostUP, bilangan Boost Star dan perbelanjaan minimum pengguna.

Untuk setiap bil, pengguna berpangkat Red Recruit boleh berjimat RM2, Silver Sergeant boleh jimat RM5 dan Gold General boleh jimat RM10 melalui ciri Pay With Stars di aplikasi Boost.Tambahan lagi, rakyat Malaysia juga boleh menggunakan Boost Star untuk menebus kredit Partner Wallet bagi penjimatan tambahan sehingga RM210 setiap bulan bagi barangan runcit, petrol, dan pembelian dalam talian.

Pengguna boleh mengunjungi BoostUP Rewards Catalog, kemudian menebus kredit Partner Wallet di bawah kategori Cash (Tunai) dengan Boost Star yang diperlukan.

Setelah ditebus, kredit akan dipaparkan di halaman My Partner Wallets, dan akan digunakan secara automatik apabila membeli keperluan harian daripada peniaga dan rakan jenama yang turut serta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya