MUKADIMAH: Kemajuan teknologi memudahkan manusia dalam memenuhi keperluan hidup mereka. Teknologi juga memudahkan individu berkomunikasi, mengembara, meneroka dan berinovasi tanpa mengira waktu. Bagi umat Islam, kemajuan teknologi turut membantu mereka dalam menunaikan kewajipan terhadap agama, dalam aspek rohani dan spiritual. Pelancaran aplikasi Muslim Pro misalnya, sangat membantu umat Islam bukan sahaja dalam aspek beribadah, tetapi juga peluang terbuka luas untuk mendalami ilmu agama itu sendiri, walau di mana mereka berada.…









