TM One tawar kapasiti pusat data komprehensif

TM One tawar kapasiti pusat data komprehensif

tm one
IMRI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: TM One, cabang perniagaan perusahaan dan sektor awam Kumpulan Telekom Malaysia (TM) terus mengembangkan portfolio pusat datanya selepas permeteraian Rangka Kerja Awan Kerajaan Malaysia (CFA).

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, para pembekal perkhidmatan awan (CSP) dan pembekal perkhidmatan terurus (MSP) yang dilantik perlu mula menawarkan faedah strategik kepada pelanggan yang berpotensi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar berkata, sebagai peneraju perkhidmatan awan dan pusat data menyeluruh di Malaysia, pihaknya komited untuk memperkasakan tawaran digital kami dalam memenuhi keperluan MyGovCloud kerajaan. 

“Pelaburan berterusan bagi memperkembangkan pusat-pusat data kami akan memastikan keupayaan untuk menguruskan sejumlah data awam, sepanjang dan selepas proses migrasi. 

“Insfrastruktur dan perkhidmatan awan tempatan kami juga berupaya untuk memenuhi kehendak khusus Kerajaan Malaysia, terutamanya dalam hal kedaulatan data,” katanya dalam kenyataan.

Dengan beberapa kemudahan pusat data yang neutral-pembekal di Malaysia dan satu di Hong Kong yang beroperasi sebagai pembekal berbilang awan kepada pelbagai hyperscalers, TM One kini dalam perancangan untuk melancarkan pusat data yang ke-10 yang akan dijadikan Pusat Data Tier III/Rated 3, dijangka akan diumumkan pada suku ketiga 2022. 

Dengan kuasa tidak kurang daripada 3MW dan kebolehan untuk menampung 700 rak peralatan, pusat data ini disasarkan untuk menambahbaik penggunaan kuasa melalui reka bentuk sistem penyejukan yang menggunakan penyejuk udara modular. 

Keberkesanan

Secara keseluruhan, TM One terus berusaha untuk mencapai keberkesanan penggunaan kuasa (PUE) yang lebih rendah tanpa menjejaskan Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA) pelanggan.

Pusat data baharu ini, sepertimana pusat-pusat data TM bertaraf dunia di Lembah Klang, Iskandar Puteri dan Brickfields, juga akan mematuhi piawaian keselamatan dan pensijilan termasuk ISO27001, PCI DSS, DCRA dan TVRA yang akan melindungi data-data dan aset-aset kerajaan.

Naib Presiden Eksekutif TM One, Shazurawati Abd Karim berkata, penambahan pusat data terbaharu ini juga akan merangkumi keupayaan keselamatan data yang dipertingkatkan melalui Pusat Pertahanan Siber TM One (CYDEC) bagi menangani potensi risiko Kerajaan termasuk keselamatan siber, pematuhan, privasi, etika dan tanggungjawab sosial. 

Ujarnya, untuk menyokong perjalanan transformasi agensi-agensi kerajaan, pasukan Khidmat Profesional TM One, bersama rakan MSP kami, Cloud Connect akan bekerjasama dengan mereka dalam Perancangan Reka bentuk Awan, Perkhidmatan Migrasi dan Perkhidmatan Mengoptimasi Beban Kerja dengan memberikan penyelesaian dan pengalaman khusus untuk setiap agensi.

“Penyelesaian awan dan kemudahan pusat data kami yang pintar dan berskala tinggi tertakluk kepada undang-undang Malaysia. 

“Ini memastikan kedaulatan dan kesulitan data kerajaan dan rakyat Malaysia, justeru mengelak risiko dan campur tangan undang-undang dan polisi asing, seterusnya memastikan keselamatan dan kesulitan data serta membolehkan lebih fleksibiliti dalam perkhidmatan kerajaan.

“Dengan pengalaman dan pemahaman kami yang mendalam mengenai lanskap Malaysia dan rangkaian lengkap infrastruktur serta perkhidmatan, kami yakin infrastruktur, penyelesaian dan kerjasama dengan Cloud Connect akan membolehkan Kerajaan mencapai matlamat mereka untuk keperluan hari ini dan masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya