Saham rali selepas Fed menaikkan kadar - Utusan Malaysia

Saham rali selepas Fed menaikkan kadar

SEORANG pelabur melihat prestasi pasaran saham Asia. – GAMBAR HIASAN/AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) meningkat dan hasil Perbendaharaan jatuh pada Rabu selepas Rizab Persekutuan (Fed) menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas seperti yang dijangkakan dan berkata ia akan mula mengurangkan kunci kira-kiranya pada Jun, dalam keputusan yang dilihat sebagai kurang agresif daripada yang dijangka sesetengah pihak.

Bank pusat AS menetapkan kadar dana persekutuannya kepada julat antara 0.75 peratus dan 1.0 peratus dalam keputusan sebulat suara yang memberikan penanda aras kadar semalaman peningkatan terbesar dalam 22 tahun.

Terdapat sedikit reaksi awal terhadap kenyataan dasar yang kebanyakannya memenuhi jangkaan. Tetapi apabila Pengerusi Fed, Jerome Powell berkata Fed tidak secara aktif mempertimbangkan kenaikan kadar 75 mata asas, saham meningkat dan hasil bon membalikkan keuntungan awal.

Pakar Strategi Pelaburan Kanan Allspring Global Investments, Brian Jacobsen berkata, titik perubahan utama ialah apabila Powell berkata mereka tidak mempertimbangkan secara aktif 75 mata asas.

“Situasi yang paling teruk, Fed mahu memenuhi jangkaan pasaran. Situasi yang terbaik, mereka mahu bergerak lebih perlahan atau lebih rendah daripada harga pasaran.

“Indeks dolar jatuh 0.86 peratus dan euro meningkat 0.89 peratus kepada AS$1.0614 (RM4.60) manakala hasil note Perbendaharaan 10 tahun jatuh 3.2 mata asas kepada 2.927 peratus,” katanya.

Sementara itu, Ketua Risikan Pasaran Caxton, Michael Brown berkata, asset berisiko meningkat, menyebabkan indeks dolar jatuh, perdagangan klasik ‘beli khabar angin dan jual fakta’, sambal turut mencetuskan permintaan untuk Perbendaharaan.

“Walaupun agresif, keputusan itu lebih akomodatif berbanding jangkaan pasaran yang tinggi,” katanya.

Saham MSCI di seluruh dunia ditutup tinggi 1.67 peratus. Di Wall Street, Purata Perindustrian Dow Jones naik 2.81 peratus, S&P 500 naik 2.9 peratus dan Nasdaq Composite meningkat 3.19 peratus.

Saham ditutup rendah di Eropah berikutan pendapatan yang mengecewakan dan ketidaktentuan pelabur sebelum keputusan Fed. 

Indeks STOXX 600 pan-Eropah turun 1.1 peratus, dengan peruncit mendahului kerugian sektor, dan indeks serantau utama turut jatuh.

Bon kerajaan Jerman 10 tahun didagangkan menghampiri paras tertinggi, hasil tertinggi sejak Jun 2015 pada 1.036 peratus, selepas ahli lembaga Bank Pusat Eropah, Isabel Schnabel berkata, kenaikan kadar pada bulan Julai boleh berlaku.

Banyak pasaran saham China dan Jepun ditutup. Harga minyak meningkat kira-kira 5 peratus apabila Kesatuan Eropah, memberitahu rancangan untuk menghentikan import minyak Rusia secara berperingkat, mengimbangi kebimbangan permintaan dalam pengimport utama China.  -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN