Pertumbuhan KDNK 1Q 2022 lebih tinggi daripada jangkaan pasaran

Pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih pantas – MIDF Research

Malaysia merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak tujuh peratus pada suku keempat 2022. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berterusan menunjukkan bahawa kebangkitan semula kes Covid-19 disebabkan oleh varian Omicron mempunyai impak sedikit kepada ekonomi apabila penggunaan oleh sektor awam dan swasta bertambah kukuh pada suku pertama 2022 (1Q22), menurut MIDF Research.

Firma penyelidikan itu berkata, pertumbuhan ekonomi pada suku pertama 2022 jauh lebih tinggi daripada jangkaan pihaknya dan pasaran.

Katanya, berdasarkan asas suku ke suku, KDNK negara berkembang 3.9 peratus berbanding 4.6 peratus pada suku keempat 2021 (4Q2021).

“Permintaan dalam negara semakin kukuh. Melihat kepada KDNK mengikut permintaan, peningkatan dalam penggunaan swasta (+5.5 peratus tahun ke tahun) merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan yang lebih kukuh dalam 1Q22 kerana ia mencerminkan pengguna mengambil peluang untuk meningkatkan aktiviti perjalanan dan perbelanjaan berikutan pelonggaran sekatan Covid-19. Penggunaan swasta yang lebih kukuh menyumbang +3.4 peratus kepada pertumbuhan KDNK,” katanya dalam nota kajian.

Selain itu, kata MIDF Research, pertumbuhan eksport yang mampan juga menyumbang secara positif kepada pertumbuhan KDNK suku pertama 2022.

“Berbanding dengan negara serantau, ekonomi Malaysia dan Filipina berkembang pada kadar yang lebih pantas pada 1Q22, berbeza dengan pertumbuhan yang mampan di Indonesia dan pertumbuhan lebih perlahan di Singapura,” katanya.

Menurut MIDF Research, pertumbuhan perkhidmatan yang lebih kukuh sejajar dengan perbelanjaan yang lebih baik.

Dari segi bekalan katanya, kira-kira 75 peratus daripada pertumbuhan pada suku tersebut disumbangkan oleh pertumbuhan yang lebih kukuh dalam sektor perkhidmatan (57.5 peratus daripada KDNK).

Pertumbuhan sektor perkhidmatan melonjak kepada +6.5 peratus tahun ke tahun (berbanding 4Q21: +3.2 peratus tahun ke tahun), pertumbuhan terpantas dalam tiga suku.

Sementara itu, sektor pembuatan juga mengekalkan pertumbuhan positif tetapi menjadi sederhana kepada +6.6 peratus tahun ke tahun (4Q21: +9.1 peratus), disokong oleh pertumbuhan dua angka dalam subsektor elektrik dan elektronik (E&E).

“Tinjauan ekonomi makro dijangka bertambah baik dari suku kedua dan seterusnya, kerana kami menjangkakan kelonggaran SOP selanjutnya dan pembukaan semula sempadan antarabangsa akan menyokong peningkatan berterusan dalam aktiviti ekonomi domestik.

“Pertumbuhan eksport yang mampan akan menjadi faktor lain untuk menyokong pertumbuhan tahun ini. Selepas pembukaan semula ekonomi, kami mengekalkan unjuran bahawa pertumbuhan KDNK pada 2022 akan mengukuh kepada 6 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN