Pemulihan ekonomi terus berdaya tahan

Pemulihan ekonomi terus berdaya tahan

ekonomi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat sama-sama bangunkan Malaysia. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemulihan ekonomi Malaysia akan terus berdaya tahan berikutan paras Indeks Pelopor (IP) terus menunjukkan arah aliran menaik dengan mencapai 111.3 mata pada Mac 2022 berbanding 110.9 mata pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan.

IP merupakan alat yang digunakan untuk menjangkakan kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan.

Mengulas laporan tersebut, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kenaikan ini disokong terutamanya oleh bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan (0.3 peratus) dan bilangan syarikat baru didaftar (0.3 peratus). 

Namun katanya, IP tahun ke tahun menurun kepada negatif 1.5 peratus pada Mac 2022 terutamanya disebabkan oleh kejatuhan dalam import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain.

“Analisis lanjut daripada perspektif hala tuju menunjukkan ekonomi jangka pendek dijangka kekal berada di landasan pemulihan meskipun kenaikan harga komoditi berikutan konflik global yang berlarutan menyebabkan kemerosotan lanjut dalam kuasa beli untuk mencapai pemulihan yang lancar dan mampan.

“Prestasi Indeks Serentak (IS) meningkat sebanyak 3.1 peratus kepada 117.9 mata pada Mac 2022 berbanding 114.3 mata pada Mac 2021, mencerminkan aktiviti ekonomi yang menggalakkan pada bulan yang sama pada 2021,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, perbandingan bulan ke bulan IS mencatatkan peningkatan sebanyak 1.4 peratus. Pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan signifikan dalam kapasiti penggunaan di sektor pembuatan (0.7 peratus) dan jumlah guna tenaga di sektor pembuatan (0.4 peratus). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya