PETALING JAYA: AEON Credit Service (M) Berhad (AEON Credit), mengumumkan bahawa konsortium terdiri daripada AEON Credit, syarikat induknya iaitu AEON Financial Service Co., Ltd. dan MoneyLion Inc. telah mendapat kelulusan daripada Menteri Kewangan untuk lesen perbankan digital Islam di Malaysia. Pengarah Urusan AEON Credit, Daisuke Maeda berkata, syarikat sememangnya teruja dan bertuah kerana mendapat kelulusan untuk sebuah bank digital Islam dan menjadi sebahagian daripada perjalanan Malaysia dalam memajukan agenda rangkuman…