LONDON: Saham syarikat kripto, Coinbase Global Inc. jatuh 84 peratus sejak hari pertama dagangan mereka pada April 2021 dan ditutup pada AS$53.72, kelmarin selepas syarikat itu memberi amaran volum dagangan dan pengguna transaksi bulanan dijangka lebih rendah pada suku kedua berbanding suku pertama.
Pengasasnya, Brian Armstrong mempunyai kekayaan peribadi sebanyak AS$13.7 bilion pada November lalu dan menurun pada AS$8 bilion pada akhir Mac, dan hanya berbaki AS$2.2 bilion kini, menurut Indeks Billionaires Bloomberg.
Keadaan itu berlaku selepas penjualan mata wang digital daripada Bitcoin kepada Ether mencetuskan penurunan mendadak dalam nilai pasaran Coinbase, bursa mata wang kripto Amerika Syarikat (AS) terbesar.
Ia menimbulkan persoalan tentang keupayaan Coinbase untuk menahan penurunan mendadak harga kripto, memaksa Armstrong untuk menggunakan Twitter bagi mempertahankan syarikat itu.
“Tiada risiko muflis walaupun di tengah-tengah acara kemelut. Dana pengguna selamat,” ciapnya di Twitter.
Selain itu, kekayaan Ketua Pegawai Eksekutif bank saudagar kripto, Galaxy Digital, Michael Novogratz pula menjunam kepada AS$2.5 bilion daripada AS$8.5 bilion pada awal November.
Dia telah menjadi juara TerraUSD, stablecoin algoritma yang kini berisiko runtuh sepenuhnya di tengah-tengah pecahan harga token kripto dalam ekosistem yang sama iaitu Luna.
Kekayaan jutawan kripto yang meningkat sejak dua tahun lalu semakin hilang selepas penjualan yang bermula dengan saham teknologi memasuki dalam wang digital.
Bitcoin, mata wang kripto paling popular dan Ether telah jatuh lebih daripada 50 peratus sejak rekod tertinggi mereka akhir tahun lepas.
Walaupun hampir semua pemegang kripto mengalami kemerosotan kekayaan, beberapa kerugian terbesar dan paling ketara tertumpu di kalangan pengasas bursa, di mana pedagang membeli dan menjual mata wang digital.
Ketua Pegawai Eksekutif Binance, Changpeng Zhao telah kehilangan harta yang lebih besar daripada Armstrong atau Novogratz. Beliau memulakan kerjaya dalam indeks kekayaan Bloomberg pada Januari dengan nilai bersih AS$96 bilion, antara yang terbesar di dunia.
Menjelang Rabu, ia telah menyusut kepada AS$11.6 bilion, menggunakan purata nilai perusahaan untuk berganda jualan Coinbase dan firma kripto Kanada Voyager Digital sebagai asas untuk pengiraan.
Pertukaran kripto di AS mengalami lebih banyak kemerosotan daripada pesaing global mereka. Jumlah dagangan di Coinbase telah menurun secara berterusan sejak awal tahun, manakala Binance yang lebih fokus di peringkat antarabangsa menyaksikan peningkatan dalam volum bulan lepas. Perniagaan Binance yang memfokuskan AS, sebagai perbandingan, mengalami kemerosotan yang lebih curam daripada Coinbase.
Tyler dan Cameron Winklevoss, pengasas bersama bursa kripto saingan Gemini, masing-masing telah kehilangan kira-kira AS$2.2 bilion atau kira-kira 40 peratus daripada kekayaan mereka tahun ini.
Kekayaan Ketua Pegawai Eksekutif pertukaran kripto FTX, Sam Bankman-Fried telah jatuh separuh sejak akhir Mac kepada kira-kira AS$11.3 bilion.
Armstrong bukan satu-satunya jutawan Coinbase yang kehilangan wang. Pengasas bersama Fred Ehrsam, bekas peniaga Goldman Sachs Group Inc., kini bernilai AS$1.1 bilion, turun lebih 60 peratus tahun ini.
Armstrong memiliki 16 peratus daripada Coinbase dan mengawal 59.5 peratus saham, menurut kenyataan proksi syarikat pada 2022, manakala Ehrsam mempunyai 4.5 peratus kepentingan dan mengawal 26 peratus daripada saham mengundinya. – AGENSI