Jardin Pharma, EFIG jalin kerjasama untuk pemasaran produk - Utusan Malaysia

Jardin Pharma, EFIG jalin kerjasama untuk pemasaran produk

MAJLIS menandatangani perjanjian kerjasama oleh Dr Maryam Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Jardin Pharma Berhad dengan Dr. Faisal Ghabra, Ketua Pegawai Eksekutif EFIG, Saudi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jardin Pharma Berhad (Jardin Pharma), syarikat farmaseutikal Malaysia telah menandatangani perjanjian dan kerjasama dengan Elite Facilities International Group (EFIG) Saudi.

Perjanjian itu bertujuan untuk memasarkan produk Jardin Pharma ke negara Kerajaan Arab Saudi (KSA), Negara Negara Arab Teluk (GCC) dan juga Negara Timur Tengah Afrika Utara (MENA).

Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jardin Pharma Berhad, Dr. Maryam Aziz, dan Ketua Pegawai Eksekutif EFIG Saudi, Dr. Faisal Ghabra, pada 22 Mei 2022 di Jeddah.

Jardin Pharma Berhad merupakan syarikat farmaseutikal 100% milik bumiputra yang ditubuhkan pada Jun 2021 dengan objektif penubuhan bagi  menghasilkan ubat ubatan yang novel serta halal, berasaskan bahan-bahan alami (produk Halal Eco Pharmaceutical).

Maryam Aziz juga merupakan pengasas  syarikat  berasaskan  penjagaan dan kecantikan kulit semenjak tahun 2016.

Jardin Pharma turut mempunyai kilang kosmetik yang telah mendapat pengiktirafan GMP serta sebuah kilang mendapat pensijilan ISO 13485 Medical Device Authority.

Selain itu, Jardin Pharma juga mempunyai anak syarikat di bawah skim anak angkat (SAA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membekal ubatan galenical (cecair dan krim) kepada KKM.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya