Iskandar Mizal dilantik Pengarah Lembaga Serantau ACI - Utusan Malaysia

Iskandar Mizal dilantik Pengarah Lembaga Serantau ACI

ISKANDAR MIZAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) Asia Pasifik telah melantik Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood sebagai Pengarah Lembaga Serantau pada Mesyuarat Lembaga Pengarah Serantau ACI ke-17.

Iskandar telah menyertai tiga lagi Pengarah Lembaga Serantau yang baru dilantik untuk tempoh tiga tahun bermula Jun 2022.

Lembaga Serantau ACI Asia Pasifik ialah badan pentadbir yang menentukan keseluruhan strategi pembangunan ACI rantau Asia-Pasifik dalam mempromosikan kecemerlangan dalam pengurusan lapangan terbang dan operasi.

Komposisi lembaga pengarah terdiri daripada 27 pemimpin perniagaan penerbangan di seluruh rantau Asia-Pasifik dan Timur Tengah.

Sementara itu, ACI ialah satu-satunya organisasi lapangan terbang global yang menyediakan platform untuk organisasi ahli menangani serta memajukan kepentingan kolektif kira-kira 2,000 lapangan terbang di seluruh dunia.

Iskandar berkata, beliau amat berbesar hati untuk mewakili Malaysia dalam organisasi global itu. Perjalanan udara juga kembali meningkat kerana banyak negara telah mula membuka sempadan mereka.

“Pengendali lapangan terbang di seluruh dunia, termasuk MAHB sedang bersiap sedia untuk memastikan kami bersedia untuk menyediakan penumpang dengan pengalaman lapangan terbang yang terbaik.

“Saya tidak sabar untuk menyumbang dalam menyokong dasar yang akan mengukuhkan keupayaan kami untuk berkhidmat kepada semua pemegang kepentingan kami dengan lebih baik,” katanya dalam kenyataan.

Lebih 100 wakil lapangan terbang, rakan perniagaan dunia dan ahli lembaga dari Asia Pasifik dan Timur Tengah telah mengadakan perjumpaan di Singapura untuk membincangkan keputusan penting dan membincangkan arah aliran perniagaan terkini.

Perjumpaan itu telah sebulat suara meluluskan resolusi itu kerana ia sejajar dengan usaha mereka dalam Pelan Hala Tuju Strategi Alam sekitar untuk lima tahun.

Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) baru-baru ini dianugerahkan emas untuk kategori lapangan terbang dengan lebih 50 juta penumpang setahun dalam Pengiktirafan Lapangan Terbang Hijau Asia Pasifik ACI 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya