Touch ‘n Go perkenal kad baharu boleh tambah nilai tanpa surcaj.

Touch ‘n Go perkenal kad tambah nilai tanpa surcaj 

EFFENDY Shahul Hamid (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni menunjukkan kad baharu Touch ‘n Go.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Touch ‘n Go telah memperkenalkan kad baharu yang membolehkan pengguna menambah nilai daripada aplikasi Touch ‘n Go eWallet tanpa dikenakan sebarang surcaj.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Effendy Shahul Hamid berkata, pihaknya berbesar hati dapat memperkenalkan kad versi baharu itu yang dapat mengatasi masalah pengguna untuk menambah nilai selain dilengkapi dengan ciri keselamatan lebih tinggi.

“Dengan kad baharu itu, pengguna kini boleh memilih untuk mendapatkan kad yang boleh ditambah nilai daripada aplikasi Touch ‘n Go eWallet,” katanya dalam kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kad tersebut boleh didapati pada harga RM10 sama seperti kad Touch ‘n Go versi lama dan boleh dibeli di aplikasi Touch n’ Go eWallet  serta lokasi runcit terpilih di seluruh negara.

Selepas pengguna menerima kad Touch ‘n Go yang dinaik taraf, mereka perlu pautkan kad itu ke Touch n’ Go eWallet mereka.

“Pengguna hanya perlu memegang kad di belakang telefon pintar yang dilengkapi ciri Near Field Communication (NFC) selama lima saat untuk mengaktifkan kad baharu.

“Selepas melengkapkan pautan, pengguna boleh melihat baki kad dan melakukan tambah nilai.

“Fungsi itu kini tersedia untuk kedua-dua peranti IOS dan Android. Pengguna boleh pautkan hingga lima kad Touch ‘n Go ke Touch n’ Go eWallet mereka.

“Namun, memandangkan kekurangan cip global, kami menjangkakan permintaan akan melebihi bekalan. Jadi kami berharap pengguna dapat bersabar menanti kad mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini