Seramai 367,433 peminjam PTPTN menikmati insentif diskaun

Seramai 367,433 peminjam PTPTN nikmati insentif diskaun 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 367,433 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menikmati insentif diskaun bayaran balik membabitkan jumlah bayaran RM755.28 juta dengan diskaun RM112.4 juta, antara 1 November 2021 hingga 28 Februari lalu.

Dalam satu kenyataan, perbadanan itu memberitahu, kerajaan bersetuju untuk memberikan insentif diskaun bayaran balik pinjaman bagi membantu peminjam bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022, menerusi pembentangan Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021.

“Insentif itu termasuk diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman dan diskaun 12 peratus untuk bayaran balik sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

“Selain itu, diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual. PTPTN mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada semua peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman mereka menerusi insentif itu.

“Peminjam yang masih belum mengambil peluang ini, boleh berbuat demikian sebelum 30 April 2022,” katanya.

Menurut perbadanan tabung pendidkan itu, pelbagai kemudahan saluran bayaran balik disediakan termasuk secara dalam talian yang lebih mudah, cepat dan selamat seperti melalui perbankan internet, JomPAY, MyPAY, Shopee, portal rasmi FPX dan terkini melalui aplikasi mobile app myPTPTN.

Katanya, pihaknya juga sentiasa komited dan bersedia untuk membantu peminjam yang mempunyai sebarang persoalan melalui inisiatif #PTPTNSediaBantu.

Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh layari portal rasmi www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran Careline PTPTN di 03-2193 3000 (beroperasi pukul 9 pagi hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat), live chat (perbualan secara langsung) di www.ptptn.gov.my dan e-Aduan di https:/eaduan.ptptn.gov.my/. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN