INCEIF, CIIF pupuk bakat dalam industri kewangan Islam - Utusan Malaysia

INCEIF, CIIF pupuk bakat dalam industri kewangan Islam

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INCEIF, Prof Datuk Dr. Azmi Omar (tengah) mewakili INCEIF di majlis menandatangani MoU ini sementara ISRA Consulting diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Muhammad Syahmi Mohd. Karim (kanan), dan CIIF diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Azura Othman (kiri).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: INCEIF, serta subsidiarinya ISRA International Consulting Sdn. Bhd. (ISRA Consulting), dan Institut Kewangan Islam Profesional Bertauliah (CIIF) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membangunkan kapasiti bakat-bakat di dalam industri kewangan Islam yang kian berkembang pesat.

Menerusi MoU ini, INCEIF, ISRA Consulting dan CIIF akan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan bakat baharu di dalam industri kewangan Islam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INCEIF, Profesor Datuk Dr. Azmi Omar berkata, INCEIF merupakan ketua pemikiran dan ilmu di dalam kewangan Islam dan pihaknya sangat berbesar hati berkongsi kepakaran di dalam agenda nasional ini.

“Kerjasama itu akan membuka jalan untuk meningkatkan kesedaran dan perkongsian ilmu mengenai kewangan Islam serta menyediakan platform yang akan menghasilkan rangkaian untuk alumni INCEIF dan ahli CIIF, seterusnya menghubungkan wacana dan kepimpinan pemikiran dalam amalan berkaitan kewangan Islam.

“Berbekalkan jumlah keahlian yang membanggakan yang telah meningkat secara positif sejak enam tahun lalu, CIIF bersama rakan-rakan pelatihnya, bersedia untuk membentuk masa depan bagi bakal pemimpin-pemimpin di dalam kewangan Islam sembil membina saluran mampan untuk memupuk bakat di dalam industri ini,” katanya dalam kenyataan sempena majlis menandatangani MoU tersebut.

Mewakili INCEIF di majlis menandatangani MoU itu adalah Azmi Omar sementara ISRA Consulting diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Muhammad Syahmi Mohd. Karim, dan CIIF diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Azura Othman.

Sementara itu, Azura Othman berkata, CIIF komited membangunkan dan melaksanakan strategi bagi menyediakan platform dan alatan yang penting bagi pengamal industri serta bakat baru untuk membangunkan kemahiran dan kecekapan mereka ke tahap tertinggi di dalam industri ini. 

Fokus MoU termasuk kerjasama akademik dan pertukaran sumber pendidikan serta gabungan bersama program-program pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan bersama di dalam industri perkhidmatan kewangan Islam, latihan, khidmat nasihat dan konsultasi dan aktiviti-aktiviti bersama bagi kolaborasi dalam mana-mana bidang yang mempunyai kepentingan bersama serta berpotensi untuk meningkatkan pengetahuan dan kecekapan di dalam Kewangan Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN