PETALING JAYA: Setel bekerjasama dengan GrabPay Malaysia untuk menawarkan GrabPay sebagai pilihan tambah nilai bagi Dompet Setel, sekali gus menawarkan pengguna kenderaan di Malaysia pengalaman yang lebih inklusif dan bermanfaat. Setel dalam kenyataan berkata, pengguna GrabPay kini boleh mengisi petrol dengan lebih lancar melalui Setel sambil meraih ganjaran di kedua-dua aplikasi berkenaan. Katanya, pengguna bukan sahaja dapat memperoleh GrabRewards bagi setiap penambahan nilai yang dibuat di Setel, malah mereka juga…










