PETALING JAYA: Pemerkasaan Syarikat Awam Tersenarai (PLC) amat penting bagi meningkatkan daya saing mereka dan bagi menarik minat pelabur dalam pasaran modal negara, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata, ini kerana, PLC merupakan antara pemacu utama dalam membina ekonomi Malaysia yang berdaya tahan. Justeru katanya, melalui buku panduan Bursa Malaysia dan inisiatif lain yang akan dilaksanakan, Program Transformasi PLC bertujuan membantu PLC dalam mengenal…










