Pegaga akan menyumbang ke arah mengekalkan bekalan gas Malaysia

Mubadala Petroleum mulakan pengeluaran gas pertama

Medan gas Pegaga terletak di wilayah Luconia Tengah, luar pesisir Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat tenaga antarabangsa Abu Dhabi, Mubadala Petroleum berjaya memulakan pengeluaran gas pertama dari medan Pegaga di Blok SK 320, luar pesisir Malaysia.

Pencapaian ini menandakan kemuncak yang selamat dan berjaya bagi projek gas yang mencabar, dalam Mubadala Petroleum mengharungi cabaran pandemik global.

Sebagai pembangunan strategik utama bagi sektor tenaga tempatan, Pegaga akan menjadi medan pengeluar utama yang membekalkan gas ke Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak, Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Mubadala Petroleum, Mansoor Mohamed Al Hamed berkata, pencapaian Pegaga mencerminkan kebolehan syarikat.

“Setelah mengelola projek ini dari penemuan kepada pembangunan dan kini menjadi pengeluaran dengan sokongan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), Petronas, rakan kongsi dan kontraktor kami, menunjukkan keupayaan, daya tahan dan komitmen kami sebagai pembekal tenaga.

“Dengan tumpuan strategik kami pada gas sebagai bahan api utama dalam peralihan tenaga, pencapaian ini mencerminkan cita-cita kami untuk masa depan sebagai pelabur jangka panjang dan rakan kongsi tenaga strategik,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan MPM, Petronas, Mohamed Firouz Asnan berkata, Pegaga adalah pengeluar utama yang akan menyumbang ke arah mengekalkan bekalan gas Malaysia untuk beberapa dekad yang akan datang.

“Projek itu, yang melaksanakan Keputusan Pelaburan Terakhir ketika pasaran minyak masih bertapak pada 2018 menunjukkan keyakinan yang dimiliki pelabur industri huluan Malaysia.

“Kemudahan telah direka sepenuhnya di dalam negara, yang dilaksanakan dalam tempoh paling sukar disebabkan pandemik Covid-19, menekankan daya tahan ekosistem negara,” tambahnya.

Mubadala Petroleum telah wujud di Malaysia sejak 2010 dan merupakan Pengendali Blok SK 320 dengan faedah 55 peratus manakala anak syarikat Petronas, Petronas Carigali Sdn. Bhd. memegang 25 peratus dan Sarawak Shell Berhad memegang baki 20 peratus.

Medan gas Pegaga terletak di wilayah Luconia Tengah, luar pesisir Sarawak, Malaysia pada kedalaman air kira-kira 108 meter. Konsep pembangunan terdiri daripada Platform Pemprosesan Pusat Bersepadu (ICPP) dan direka bentuk untuk pengeluaran gas sebanyak 550 juta kaki padu standard gas setiap hari ditambah kondensat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×