PETALING JAYA: Stesen-stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menunjukkan komitmen memelihara alam sekitar dengan mengekal dan menjaga ekosistem, khususnya paya bakau di sekitar kejiranannya. Ia menjadi antara amanah utama anak syarikat penjanaannya, TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco) yang melaksanakan inisiatif itu bersama masyarakat setempat dengan usahasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS). TNB dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak 19,800 anak pokok bakau telah ditanam menerusi program pemulihan hutan bakau…










