TH antik StanChart Saadiq) sebagai ejen kutipan baharu

TH lantik StanChart Saadiq ejen kutipan

MAJLIS menandatangani pelantikan StanChart Saadiq sebagai ejen kutipan Tabung Haji.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) telah melantik Standard Chartered Saadiq Berhad (StanChart Saadiq) sebagai ejen kutipan baharu berkuat kuasa 15 Januari lalu.

Kerjasama itu akan memberi manfaat kepada lebih 8.4 juta pendeposit TH khususnya yang mempunyai akaun di StanChart Saadiq.

Menerusi pelantikan itu, para pendeposit TH yang juga pelanggan StanChart Saadiq boleh membuat deposit ke akaun simpanan TH sendiri atau pihak ketiga melalui portal internet bank tersebut.

Inisiatif itu akan memudahkan pelanggan kedua-dua organisasi untuk melakukan deposit ke akaun simpanan TH tanpa perlu hadir ke kaunter cawangan TH.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, pelantikan StanChart Saadiq sebagai ejen kutipan terbaharu TH pastinya akan meningkatkan lagi akses perkhidmatan TH di seluruh negara.

“Penggunaan saluran dalam talian terbukti mendapat sambutan baik oleh para pendeposit TH apabila rekod menunjukkan lebih 80 peratus transaksi TH telah dilakukan dalam talian meliputi portal THiJARI, ATM dan CDM serta perbankan internet bank-bank rakan strategik TH yang lain.

“Pastinya urusan perbankan akan lebih memudahkan kedua-dua para pelanggan TH dan StanChart Saadiq,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif StanChart Saadiq Berhad, Mohd. Suhaimi Abdul Hamid berkata, pihaknya sering berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan penggunaan digital dalam kalangan pelanggannya

“Kami yakin kolaborasi melalui digital bersama TH akan memberikan nilai tambah dan kemudahan perbankan kepada semua pelanggan Muslim TH dan bank, di mana jua mereka berada, sama ada di Malaysia atau luar negara.

“Kami juga akan menambahkan penawaran digital, seiring dengan usaha kami untuk memperkukuhkan posisi StanChart Saadiq sebagai Bank Islamik Digital terbaik di Malaysia, seperti yang dianugerahkan oleh Digital CX Awards 2021 dan Global Finance untuk tiga tahun berturut-turut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN