PETALING JAYA: Malaysian Rating Corp. Bhd. (MARC) telah memberikan penarafan awal AA-IS kepada program murabahah sukuk milik MMC Port Holdings Sdn. Bhd. (MMC Port) yang bernilai RM1 bilion. Menurut agensi penarafan itu, penarafan AA-IS itu mempunyai prospek yang stabil. Penilaian yang diberikan itu didorong oleh kedudukan kompetitif MMC Port yang sangat kukuh dalam kalangan pengendali pelabuhan pemindahan kapal di serantau dan pengendali pelabuhan pintu masuk dalam negara, serta rekod prestasinya…










