Perbualan pertama: “Berapa lama da… Dekat paper (akhbar) kata dah dapat.” Perbualan kedua: “Semua naik..” Itu perbualan dua pengunjung pasar pagi Jumaat di Meru, Klang yang sempat didengar oleh penulis. Setiap pagi Jumaat, pasar berkenaan dipenuhi oleh penduduk setempat dan dari kawasan berhampiran serta pekerja asing untuk mendapatkan pelbagai barangan harian seperti ikan, sayuran, daging, ayam, pakaian dan makanan. Berdasarkan pengamatan, perbualan pertama pastinya merujuk kepada bantuan banjir…









