PETALING JAYA: Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mencatatkan prestasi kewangan tertinggi pada Tahun Kewangan 2021 (TK2021). Ia merekodkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM7.3 bilion, didorong oleh peningkatan harga petrokimia sepanjang tahun. PCG dalam kenyataan berkata, pendapatan Kumpulan meningkat sebanyak 60 peratus tahun ke tahun kepada RM23 bilion disokong oleh kadar penggunaan loji yang tinggi sebanyak 93 peratus. Jelasnya, margin produk yang lebih baik disebabkan harga produk yang lebih tinggi…










