Perikanan: Arab Saudi mahu tarik AS$4 bilion pelaburan - Utusan Malaysia

Perikanan: Arab Saudi mahu tarik AS$4 bilion pelaburan

ARAB Saudi dilaporkan terus komited meningkat industri perikanan negara itu bagi memenuhi keperluan domestik dan mengurangkan pergantungan kepada sumber luar. – GAMBAR HIASAN/AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi merancang untuk menarik lebih AS$4 bilion (RM16.74 bilion) pelaburan asing dan tempatan ke dalam industri perikanan negara itu sebagai sebahagian daripada inisiatif di bawah Wawasan 2030 untuk mempelbagaikan ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Perikanan Kebangsaan (NFDP) Arab Saudi, Dr. Ali Al-Shaikhi memberitahu Arab News, ia tersebut tercetus pada 2010 dan ia berubah menjadi inisiatif untuk negara.

Katanya, Sebuah jawatankuasa pemandu telah mengupah KPMG untuk mengkaji potensi sektor makanan laut negara itu.

Jelasnya, jawatankuasa itu juga telah melawat banyak negara untuk mengkaji bidang akuakultur, dan menilai potensi pengeluaran makanan laut Arab Saudi yang melebihi satu juta tan.

“Kajian pasaran mendapati bahawa penggunaan makanan laut Arab Saudi per kapita penduduk adalah kurang daripada 50 peratus daripada purata global iaitu 11 kilogram bagi 24 penduduk,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Al-Shaikhi, empat tahun kemudian, laporan jawatankuasa itu menyatakan strategi yang jelas untuk menambah baik kemudahan pengeluaran akuakultur dan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran.

“Ia telah diluluskan oleh Mahkamah Diraja, yang menetapkan program untuk melaksanakan strategi itu,” jelasnya.

Al-Shaikhi menyertai NFPD pada 2017 selepas berkhidmat dalam Kumpulan Akuakultur Nasional dan syarikat makanan Almarai.

“NFDP bekerjasama dengan kerajaan dan sektor swasta. Kami mempunyai pasukan yang sangat bagus dan kami telah bergerak pantas,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN