BNM kini berada di peringkat lanjutan dalam menilai permohonan terbabit.

Penerima lesen bank digital diumumkan pada Mac

NOR SHAMSIAH MOHD. YUNUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) sedang memproses keputusan permohonan lesen bank digital dan akan mengumumkan penerima lesen tersebut pada akhir bulan depan.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, BNM kini berada di peringkat lanjutan dalam menilai permohonan terbabit dan menyasarkan untuk mengumumkan pemohon yang layak pada penerbitan Laporan Tahunan BNM pada hujung Mac ini.

“BNM telah menerima sebanyak 29 permohonan dan bercadang untuk memberikan lesen bank itu kepada lima bank sahaja.

“Kami perlu menilai secara menyeluruh setiap permohonan. Kami mahu bank digital menawarkan produk dan perkhidmatan yang relevan kepada segmen yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan dan tidak mendapat perkhidmatan kewangan supaya lebih ramai orang dan usahawan dapat memiliki aset dengan lebih baik dan menyimpan untuk masa depan atau mengembangkan perniagaan mereka,” katanya pada sidang akhbar sempena pengumuman prestasi ekonomi suku keempat 2021 secara maya, semalam.

Turut hadir, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin.

Jelasnya, pihaknya juga menjangkakan kemasukan bank digital itu akan mempercepatkan pendigitalan bank sedia ada.

“Ia akan menjadi baik bukan saja untuk industri, tetapi juga untuk kita semua di sini sebagai pelanggan bank sedia ada,” katanya.

Sebelum ini, BNM berkata pihaknya bercadang mengeluarkan lesen tersebut bagi menubuhkan bank yang layak urusan perbankan konvensional atau secara Islam di negara ini.

Menurutnya, pelbagai pihak telah menghantar permohonan untuk mendapatkan lesen bank digital, termasuk bank-bank, konglomerat industri, firma teknologi, penyedia perkhidmatan e-dagang, syarikat teknologi kewangan (fintech), koperasi dan beberapa kerajaan negeri.

“Permohonan yang berjaya dan memenuhi semua kriteria kehematan dijangka dapat menyumbang ke arah rangkuman kewangan yang lebih luas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN