PETALING JAYA: Penganalisis ekonomi berpendapat, pertumbuhan eksport dan import pada tahun ini dijangka berlaku sedikit penurunan berikutan asas yang tinggi pada tahun lalu, tetapi tidak bermakna permintaan global adalah lemah. Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, peningkatan jumlah eksport dan import pada tahun lalu jelas menunjukkan bahawa Malaysia sebagai negara pedagang sentiasa mendapat manfaat secara langsung apabila berlaku peningkatan dalam permintaan global. “Sektor-sektor seperti elektrik…










