MBI Selangor bangunkan agenda Cashless dan e-servis

MBI Selangor bangunkan agenda Cashless dan e-servis

Majlis bertukaran dokumen kerjasama bagi pembangunan agenda tanpa tunai dan e-servis antara MBI Selangor dan Wavpay di Shah Alam, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) memeterai perjanjian pelaburan bagi Pembangunan Agenda Cashless dan E-Servis Selangor dalam usaha mewujudkan komuniti tanpa tunai di negeri itu.

Perjanjian itu adalah usaha sama diantara Selangor E-wallet Sdn. Bhd., anak syarikat MBI Selangor dengan Wavpay Fintech Hodlings Sdn. Bhd. bagi memperkenalkan aplikasi yang menghubungkan semua inisiatif kewangan dari segi perkhidmatan dan sosial.

Menurut kenyataan, program tersebut akan membentuk usaha sama antara kerajaan negeri Selangor dengan syarikat e-dompet sedia ada yang lengkap dengan lesen pinjaman wang yang dikeluarkan oleh Bank Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan saiz e-dompet bernilai RM10,000.

Jelasnya, E-Wallet Super App Selangor akan menghimpunkan semua perkhidmatan perniagaan kerajaan Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri yang telah dikawal selia oleh Citizen E-Payment (CEPAT) yang diusahakan oleh Smart Selangor Delivery Unit ( SSDU).

“Perkhidmatan E-Wallet Super App Selangor ini turut merangkumi kebajikan sosial yang disumbangkan kepada rakyat dan mewujudkan pasaran dalam talian untuk mendigitalkan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro-PKS di Selangor.

“Ia juga membolehkan bantuan kepada penerima program Iltizam Selangor Penyayang seperti Bingkas, Iltizam Selangor Sihat, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) daripada pelbagai agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri yang berbeza seperti Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) dan Selgate Corporation untuk disalurkan melalui satu aplikasi,” katanya.

Perjanjian telah ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan & Perindustrian dan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) merangkap Pengerusi Selangor E-Wallet Sdn. Bhd., Datuk Teng Chang Khim serta Pengasas Kumpulan Syarikat Wavpay, Tan Chun Aik.

Selain itu, kenyataan turut memaklumkan, aktiviti seperti pembayaran cukai kepada PBT dan pembayaran parkir tanpa tunai juga boleh dilaksanakan melalui platform sama.

“Usaha ini akan memudahkan urusan dan menjimatkan masa bagi mereka yang amat memerlukan bantuan kerajaan negeri dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan antara kerajaan, rakyat dan industri kecil dan sederhana yang lengkap dalam satu dompet digital,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN