SINGAPURA: Harga minyak menokok ke tahap tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun semalam, berikutan kebimbangan kemungkinan berlaku pencerobohan ke atas Ukraine oleh Rusia yang boleh mencetuskan sekatan daripada Amerika Syarikat (AS) dan Eropah serta mengganggu eksport tenaga daripada pengeluar utama dunia itu. Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$95.73 (RM401.25) setong naik AS$1.29 (RM5.41) atau 1.4 peratus selepas mencecah paras tertinggi harian sebanyak AS$95.91(RM402.01), sebelum ini. Minyak mentah AS…










