Ia merupakan sebahagian harta pertukaran dana kekayaan negara.

Khazanah selesai penjualan saham hak CITIC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) telah berjaya menyelesaikan penjualan saham hak yang terikat kepada CITIC Securities Co. Ltd. yang merupakan sebahagian daripada harta pertukaran di bawah dana kekayaan negara bernilai AS$320.8 juta (RM1.34 bilion).

Bon atau sukuk Islam boleh tukar dalam tempoh lima tahun itu, memberi pilihan kepada pemegang untuk menerima wang tunai atau saham CITIC semasa melakukan pertukaran.

Menurut Khazanah, pelarasan telah dilakukan ke atas harta pertukaran yang terdiri daripada wang tunai dan saham CITIC berkaitan dengan sijil amanah boleh tukar yang diselesaikan secara tunai dan perlu dibayar pada 2023.

“Cindai Capital Ltd. (Cindai) ialah pengeluar sijil amanah boleh tukar itu. Pada 11 Februari 2022, Khazanah telah berjaya menyelesaikan penjualan hak, menurut cadangan terbitan hak, yang dilampirkan pada saham CITIC.

“Menurut syarat sijil bahagian 7(f)(i), harta pertukaran akan dinaikkan sebanyak AS$5.04 juta (RM21.09 juta)  secara tunai, bersamaan dengan agregat nilai hak boleh direalisasi yang berkaitan dengan saham CITIC.

“Oleh itu, pertukaran harta itu telah diselaraskan kepada 93.53 juta saham CITIC dengan AS$27.96 juta (RM117.02 juta) dalam bentuk tunai berkuat kuasa mulai 11 Februari 2022.

“Bahagian pro rata pertukaran harta yang boleh diagihkan kepada setiap AS$1,000 (RM4185.30) nilai nominal sijil untuk pengiraan jumlah penyelesaian tunai telah disemak kepada 294.5594 saham CITIC dan tunai AS$88.02 (RM368.39),” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam istilah perdagangan sekuriti, saham-H merujuk kepada saham firma China yang disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong Ltd dan bursa asing lain.

Khazanah melalui Cindai pada 2018, telah menerbitkan sukuk boleh tukar. Pada 2018, khazanah mengeluarkan kenyataan mengatakan sukuk boleh tukar yang distrukturkan berdasarkan prinsip Islam Wakalah memberikan pemegang sukuk pilihan untuk menerima tunai atau saham semasa pertukaran.

Seramai 78 pelabur telah melanggan sukuk tersebut  yang terdiri daripada dana jangka panjang, dana lindung nilai, dana timbang tara serta pengurus aset di seluruh Asia dan Eropah.

“CITIC Securities akan menjadi tawaran kelapan Khazanah dalam format sukuk boleh tukar, sejak terbitan sulung sukuk boleh tukar Telekom Malaysia Berhad pada 2006. Semua terbitan itu telah berjaya dilaksanakan dan telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa selama ini.

“Sukuk boleh tukar itu akan disenaraikan di Singapore Exchange Securities Trading Ltd., Labuan International Financial Exchange Inc. dan Bursa Malaysia (di bawah rejim dikecualikan),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×