BERLIN: Volkswagen AG sedang dalam `perbincangan lanjut’ dengan Porsche Automobil Holding SE mengenai potensi tawaran awam permulaan (IPO) pengeluar kereta mewah itu. Kedua-dua pihak telah merundingkan perjanjian rangka kerja sebagai asas untuk menyediakan langkah sedemikian, menurut Volkswagen dalam kenyataan. Jelasnya, hasil perjanjian mesti diluluskan oleh lembaga pengurusan dan lembaga penyeliaan, sambil menambah bahawa keputusan muktamad masih belum diambil. “Sama ada perjanjian rangka kerja dimuktamadkan, kini terbuka dan bergantung kepada kelulusan…










