PETALING JAYA: Imbangan Akaun Semasa (CAB) Malaysia terus merekodkan lebihan sebanyak RM15.2 bilion pada akhir suku tahun 2021, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, lebihan itu didorong oleh eksport bersih barangan yang lebih tinggi dengan pertumbuhan dua angka pada harga komoditi. Beliau berkata, akaun barangan mencatatkan eksport bersih RM51.8 bilion, tertinggi sejak suku tahun ketiga 2008 berjumlah RM50.9 bilion. “Eksport barangan dengan…










