Majlis Tindakan Ekonomi Melayu menyokong kenaikan gaji minimum.

Gaji dan upah di Malaysia amat rendah – MTEM

GAJI yang rendah menyebabkan rakyat Malaysia melakukan pelbagai kerja untuk memenuhi keperluan hidup. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyokong cadangan kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 memandangkan gaji dan upah di Malaysia amat rendah.

Pengerusinya, Abdul Halim Husin berkata, kesan jangka panjang akibat gaji yang rendah di Malaysia menyebabkan kebanyakan rakyat terpaksa bersusah payah untuk mencukupkan keperluan isi rumah.

“Walaupun perkara ini akan beri kesan pada perniagaan, perlu difahami peningkatan gaji akan beri kesan dari dua segi.

“Di samping meningkatkan kos operasi, ia akan meningkatkan permintaan untuk pelbagai barangan dan perkhidmatan berkali-kali akibat kesan berganda yang dihasilkan.

“Itu kerana pada ketika ini, ekonomi agak terbantut dan tidak mampan oleh kerana fenomena kurang penggunaan yang berlarutan di kalangan isi rumah disebabkan gaji yang rendah,” katanya dalam kenya­taan.

Abdul Halim berkata, berdasarkan formula gaji minimum Kementerian Sumber Manusia yang mengandungi garis kemiskinan, produktiviti dan elemen indeks harga pengguna (IHP), MTEM mendapati bahawa sebenarnya RM1,832 adalah gaji minimum jika menggunakan jumlah purata kebangsaan.

Ujarnya, kementerian juga boleh melakukan kira-kira semula secara terperinci untuk setiap negeri khususnya Sabah dan Sarawak.

Abdul Halim memberitahu, gaji minimum negara adalah lebih rendah daripada Greater Jakarta yang membayar seba­nyak AS$326 (RM1,364.24) se­bulan (40 jam bekerja seminggu) berbanding Malaysia, AS$286 (RM1,196.85) (48 jam bekerja seminggu).

“Jika gaji minimum diukur dan dikaitkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, Malaysia adalah negara yang paling kedekut di antara negara ASEAN dari segi memberi upah kepada pekerja.

“Malaysia hanya membayar 25 peratus daripada KDNK per kapita negara, sedangkan Indonesia dan Filipina membayar gaji pekerja masing-masing seba­nyak 84 peratus dan 76 peratus.

“Kami mencadangkan beberapa langkah wajar diambil untuk mengurangkan atau memperlahan impak jangka pendek kepada syarikat kecil dan mikro untuk masa yang terhad.

“Kerajaan juga mestilah mempertimbangkan meka­nis­me untuk menambah baik gaji golongan pertengahan kerana kita bimbang peningkatan gaji minima tidak semestinya akan menstruktur gaji dan upah mereka yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang bernilai,” katanya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.