PETALING JAYA: Gading Kencana Sdn. Bhd., (Gading Kencana), antara syarikat pengendali ladang solar terbesar di Malaysia, telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan March Global LLC (March Global), syarikat berpangkalan di Arab Saudi bagi membangunkan ladang solar di Asia Barat, Afrika dan rantau ASEAN. MoU itu ditandatangani di Dubai sempena Ekspo Dunia Dubai 2020 kelmarin, membabitkan nilai pelaburan sehingga AS$1 bilion (RM4.2 bilion) bagi membangunkan ladang solar di negara-negara membangun menjelang…










